Pernah dilabel sampah, Tolong Ingatkan Aku dihargai selepas 10 tahun

Ana Raffali memberitahu individu melabel lagu itu sebagai sampah sudah meminta maaf dan dia juga memaafkannya

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi bergelar komposer, Ana Raffali tidak menyangka lagu ciptaan dan nyanyiannya, Tolong Ingatkan Aku yang pernah mencetuskan kontroversi apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) pada 2011 masih lagi terus diminati sekelompok peminat muzik tanah air.

Segelintir yang lain pula mengakui setelah 10 tahun baharulah mereka meminati serta menyedari nilai estetika yang terdapat pada lagu itu sama ada dari sudut kompososi, susunan muzik serta makna di sebalik bait-bait liriknya yang puitis itu.

Lagu Tolong Ingatkan Aku pernah mencetuskan kontroversi apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) pada 2011. – Gambar Instagram Ana Raffali, 24 Jun, 2024

Sekali gus ia menyedarkan mereka mengapa barisan juri diketuai Datuk M Nasir dalam AJL25 ketika itu mengangkat Tolong Ingatkan Aku sebagai Juara Lagu.

Mengimbas kembali detik-detik kemenangan di AJL25, Ana dalam ciapannya di platform X menyatakan bahawa dia masih ingat dengan jelas saat lagunya itu digelar sampah oleh seorang individu di dalam industri hiburan.

“Terima kasih tolong ingatkan saya yang memulakan penggunaan perkataan sampah itu adalah dia dan yang membakar kebencian terhadap lagu saya adalah dia juga.

“Saya okay sahaja kalau dia dan 180 orang di Twitter 2011 menyampaikan rasa kecewa mereka dengan ciapan itu kerana itu hak mereka.

“Tapi sampai hati dia cemarkan nama baik juri-juri pada malam tersebut. Tiada rasa hormat langsung kepada komposer dan penulis lirik tersohor tanah air kita. Itu yang saya terkilan sangat,” katanya.

Menurut Ana, dia berasakan serangan individu berkenaan bersifat peribadi kerana artis kegemarannya tidak menang pada malam itu.

“Dia paling lantang semasa sidang media selepas AJL25 dan betapa cemerlangnya Datuk M Nasir menutup mulutnya.

“Dan apabila saya bersemuka, dia mengelak dan hanya mengatakan juri yang membuat keputusan buruk,” katanya.

Ana bagaimanapun memberitahu, individu berkenaan sudah meminta maaf kepadanya melalui seseorang.

“Saya telah memaafkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ana menulis mengingatkan diri sendiri dengan berkata: “Sentiasa bercakap dengan baik, usah menggunakan kuasa untuk menyakiti. Jika saya terlupa, #tolongingatkan aku”. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related