KUALA LUMPUR – Selepas menerima sambutan hangat ketika ditayangkan pada 26th Far East Film Festival di Udine, Itali, filem Customs Frontline yang mengisahkan mengenai semangat juang anggota Kastam Hong Kong, bakal ditayangkan di Malaysia pada 5 Julai ini.
Ia menyaksikan kemunculan semula aktor legenda, Jacky Cheung selepas berehat selama lapan tahun. Kali ini, Chan bergandingan dengan aktor berbakat besar, Nicholas Tse serta Karena Lam.
“Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya dalam filem ini,’’ kata Chan yang sudah memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier lakonannya.
Dalam pada itu, Chan, 43, juga buat pertama kalinya menjadi koreografer aksi dalam filem arahan Herman Yau yang digarap selama dua tahun ini.
Dalam temubual secara maya, koreografer teruja kerana bukan sahaja berpeluang beraksi dengan Chan malah merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaannya selama ini.

“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi pelakon Jackie Chan dan Donnie Yen. Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babak aksi dalam filem Hong Kong.
“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” kata Nicholas.
Tse, yang juga Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31 itu juga mahu terus membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan bekas pengarah, mendiang Benny Chan menerusi dunia sinema Hong Kong seperti dalam filem Gen-X Cops, New Police Story, Shaolin dan Raging Fire.

Penuh aksi tanpa henti, Customs Frontline mengangkat kecekapan anggota Kastam Hong Kong membenteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.
Ia turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi penting seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk paparan yang lebih realistik.
Filem yang dipenuhi dengan babak aksi, plot twist hebat serta klimaks tanpa henti ini meledak hebat di pawagam Hong Kong. Bagaimana pula dengan pawagam di Malaysia? – 24 Jun, 2024