Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720091467:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 216
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 213605
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Saranan itu dikemukakan kerana ada segelintiir syarikat yang memohon DKD tidak mempunyai pengalaman atau latar belakang dalam industri kreatif hiburan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => DKD
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"8abecdde-fa0e-49cf-9dd3-acb082b1f1e0","external_id":"8f0d2290-fe47-aa01-ab81-07efc331624d","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752229763";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752431763";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752431763
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Perlu ada saringan, kawalan lebih ketat kepada pemohon DKD Muzik: Presiden Irama | Scoop

Perlu ada saringan, kawalan lebih ketat kepada pemohon DKD Muzik: Presiden Irama

Saranan itu dikemukakan kerana ada segelintiir syarikat yang memohon DKD tidak mempunyai pengalaman atau latar belakang dalam industri kreatif hiburan

6:00 PM MYT

 

KUALA KUMPUR – Kerajaan perlu bertegas dengan melaksanakan saringan serta kawalan lebih ketat kepada syarikat-syarikat yang memohon Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik untuk menganjurkan pelbagai acara atau kegiatan muzik.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid berkata, saranan itu dikemukakan kerana ada segelintiir syarikat yang memohon DKD tersebut tidak mempunyai pengalaman atau latar belakang dalam industri kreatif hiburan.

“Oleh itu, kami berharap kerajaan benar-benar mengkaji latar belakang sesebuah syarikat yang memohon DKD Muzik. Kaji juga siapa yang berada di dalam syarikat tersebut.

“Kalau boleh, biarlah yang menerimanya terdiri daripada orang yang berada di dalam industri kreatif hiburan. Tak kisahlah jika yang memohon itu dahulunya hanya bekerja di belakang tabir sebagai jurutera bunyi di studio rakaman atau konsert sebelum ini, pegawai perhubungan di syarikat rakaman atau wartawan hiburan sekali pun.

“Setidak-tidaknya latar belakang mereka ini sudah jelas diketahui dan lebih baiklah jika orang seperti ini yang diutamakan terlebih dahulu berbanding mereka yang tidak pernah terlibat secara langsung di dalam industri ini,” katanya.

Menurut Ayob, pemberian DKD Muzik kepada mereka yang bukan terlibat secara langsung di dalam industri kreatif hiburan ini perlu dikekang kerana ia akan menambahkan lagi pelbagai masalah dan kemelut yang sudah sedia ada.

“Rata-rata mereka ini tidak faham dengan cara dan sistem bekerja orang dalam industri kreatif hiburan dan mereka juga tidak faham bagaimana kita seimbangkan elemen kreativiti dengan bisnes dalam acara yang kita anjurkan.

“Pada waktu yang sama, kita bimbang mereka ini akan mewujudkan satu budaya yang kurang elok di dalam industri kreatif hiburan kita semata-mata kerana mahu mendapatkan projek serta mengaut keuntungan daripada projek berkenaan,” katanya.

Katanya, industri kreatif hiburan di negara ini tidaklah besar mana dan DKD Muzik itu diwujudkan untuk membantu karyawan tempatan agar dapat menggerakkan ekosistem industri ini secara keseluruhan.

“Tapi sekarang ini, mereka yang daripada sektor lain pula, senang-senang masuk ke dalam industri kita untuk buat duit. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ini adalah bukti bahawa indusri kita terlalu bebas untuk sesiapa pun masuk,” katanya.

Sehubungan itu, Ayob menyarankan agar kerajaan meminta bantuan daripada persatuan-persatuan hiburan sedia ada untuk membantu mengenal pasti mereka yang layak memohon DKD Muzik. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

RM5,000 fine for not reporting sexual crimes against children too low — Hafiz Hasan

Minors better protected if all offences under Sexual Offences Against Children Act 2017 are made seizable offences

Related