Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721182665:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 338
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 216768
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749594390";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749972074";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749972074
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sudah memohon kepada pihak kerajaan  untuk memanjangkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga ke 70 tahun 
";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Selain P. Ramlee, banyak lagi karya daripada penggiat muzik tanah air lain seperti kumpulan Alleycats terancam menjadi ‘domain awam’ kerana sudah hampir memasuki tempoh 50 tahun
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => domain awam
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

)
Karya lagu penggiat muzik tanah air bakal senasib P. Ramlee, terancam berstatus ‘domain awam’ | Scoop

Karya lagu penggiat muzik tanah air bakal senasib P. Ramlee, terancam berstatus ‘domain awam’

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sudah memohon kepada pihak kerajaan untuk memanjangkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga ke 70 tahun

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selagi tempoh perlindungan hak cipta karyawan muzik tanah air tidak dipanjangkan dari 50 ke 70 tahun, selagi itulah tiada apa-apa yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan isu pembayaran royalti kepada waris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lebih-lebih lagi apabila royalti karya Seniman Agung itu bagi tempoh 50 tahun sudah berakhir tahun lalu dan sudah berstatus ‘domain awam’ selepas lima dekad pemergiannya, maka tiada sebarang keperluan untuk membayar royalti kepada waris beliau.

Sehubungan itu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sudah memohon kepada pihak kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk meningkatkan perlindungan hak cipta dan hak rakaman sehingga ke 70 tahun.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memperjuang hal tersebut agar perkara sama tidak berlaku kepada karya-karya lagu karyawan muzik lain.

“Lagipun sudah banyak negara di dunia yang telah memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun. Ia memang standard antarabangsa yang baharu. Itu yang sedang kita usahakan dan kita sudah memohon kepada MyIPO. Akan tetapi, proses ini akan memakan sedikit masa.

“Apabila kita sudah bentangkan hujah-hujah mengapa perlindungan hak cipta ini perlu dipanjangkan dan setelah MyIPO bersetuju dan berpuas hati dengan penjelasan RIM, barulah perkara ini akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Jika ia diluluskan di Parlimen, barulah ia boleh jadi undang-undang baharu di negara ini (berhubung hak cipta),” katanya.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, sudah banyak negara di dunia yang telah memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun – Gambar RIM, 17 Julai, 2024

Pun begitu kata Rosmin, seandainya usaha memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta selama 20 tahun itu berjaya dilakukan, timbul persoalan lain mengenai status karya lagu-lagu P Ramlee yang sudah bersifat domain awam.

“Persoalannya, apakah lagu-lagu yang sudah berstatus domain awam itu mampu diselamatkan lagi atau tidak? Ini juga yang menjadi tanda tanya buat RIM kerana kami juga sebetulnya tidak begitu jelas dengan perkara ini.

“RIM sendiri perlu merujuk kepada Interested Party Information (IPI) iaitu badan yang mewakili syarikat rakaman di seluruh dunia mengenai perkara ini seandainya tempoh memanjangkan perlindungan hak cipta ini diluluskan kerajaan,” katanya.

Rosmin menjelaskan, selain P. Ramlee, banyak lagi karya lagu penggiat muzik tanah air iaitu kumpulan Black Dog Bone, Sweet Charity dan Alleycats yang terancam menjadi ‘domain awam’ kerana sudah hampir memasuki tempoh 50 tahun.

“Perkara ini sangat merugikan penggiat muzik serta pemilik hak cipta karya lagu di Malaysia kerana ada di antara lagu-lagu ini yang masih popular dan malar segar dan apabila sudah masuk ‘domain awam’, penciptanya sudah tidak layak menerima royalti.

“Seperkara lagi, jika sesebuah karya lagu penggiat muzik tempatan digunakan di luar negara yang mana tempoh hak perlindungan mereka adalah 70 tahun, namun mereka akan ambil kira tempoh perlindungan hak cipta 50 tahun di negara kita.

“Sebab itulah kami mohon kerajaan agar dapat meminda tempoh hak cipta (coyright) untuk penciptaan lagu dan lirik (musical works) melalui undang-undang perlindungan hak cipta di negara ini,” katanya. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related