Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721462414:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 276
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:157:"Menurut Harith, bercerai bukanlah satu keputusan yang mudah dan dia bersama Jezamine telah melalui pelbagai cara dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748441688";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748083991";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748441688
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 217812
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => cerai
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Saya banyak buat silap: Harith Iskander tampil jelaskan punca cerai | Scoop

Saya banyak buat silap: Harith Iskander tampil jelaskan punca cerai

Menurut Harith, bercerai bukanlah satu keputusan yang mudah dan dia bersama Jezamine telah melalui pelbagai cara dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser, pelakon dan ahli komedi, Harith Iskander tampil menjelaskan mengenai isu perceraiannya dengan Dr Jezamine Lim dan mengakui ia berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Harith ketika diwawancara Daphe Iking menyatakan, keputusan mereka untuk bercerai bukanlah dilakukan secara mengejut seperti mana yang disangkakan ramai.

“Sebetulnya proses untuk bercerai ini telah berjalan agak lama dan saya harus mengaku bahawa saya telah melakukan kesilapan selama bertahun-tahun. Macam-macam kesalahan yang saya lakukan.

“Saya lelaki yang bodoh dan bertindak melakukan perkara yang yang tidak sepatutnya. Saya tidak akan memberi alasan tetapi saya telah melakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan lelaki lain.

“Saya tidak tahu sama ada Jezamine memaafkan saya atau tidak. Tapi, dia (Jezamine) seorang yang sangat luar biasa dalam bekerja bersama-sama dan sangat berazam untuk menjadikannya berjaya,” kata Harith yang turut ditemani Jezamine dalam sesi wawancara tersebut.

Menurut Harith, bercerai bukanlah satu keputusan yang mudah dan dia bersama Jezamine telah melalui pelbagai cara dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Kami telah berjumpa dengan kaunselor perkahwinan dan bercakap dengan kawan-kawan mengenai isu ini (rumah tangga). Jadi, keputusan ini bukanlah dibuat dalam tempoh semalaman.

“Tetapi akhirnya, kami menyedari kami adalah kawan yang baik dan kami tidak mahu menjejaskan perkara itu disebabkan perceraian ini.

“Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan kami. Apa yang penting, anak-anak tahu bahawa kami berdua menyayangi mereka dan akan saling menjaga mereka,” katanya.

Harith juga mengakui Jezamine menjadi tunjang utama dalam keluarga mereka dan sentiasa bertekad untuk menyelesaikan masalah dan keutamaannya untuk mengekalkan keluarga bersama tidak boleh dipersoalkan.

“Jezamine ialah seorang ibu yang hebat, wanita perniagaan, perintis dalam perniagaan Biotech Stem Cells miliknya, dia masih pengurus saya dan mengendalikan syarikat produksi saya. Saya berharap dia akan terbang lebih tinggi dan saya akan sentiasa menyokongnya.

“Walaupun kami tidak akan ‘bersama’ lagi, saya akan terus menyokong dan bekerjasama dengannya untuk memperkasakannya kerana dengan cara bersama ini, ia akan memberi manfaat kepada anak-anak kami dengan cara yang terbaik dan dia akan melakukan perkara yang sama untuk saya,” katanya.

Harith juga menyatakan, secara peribadi, dia amat bersyukur kerana berasa diberkati kerana dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong matlamat peribadi dan kerjayanya termasuk Jezamine sendiri. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Agong, queen convey Vaisakhi, Tamil New Year wishes

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim and Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah conveyed Vaisakhi and Tamil New Year greetings to the Malaysian Sikh and Tamil communities, respectively, today

Related