Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721718234:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 178
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 218538
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:175:"Selain konsert orkestra fusion, Animenia 2024 akan diisi dengan pelbagai acara menarik sepanjang hari termasuk Cabaran Wasabi, pertandingan Cosplay serta pertandingan nyanyian";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Animenia 2024
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bayangkan bagaimana jika sebuah acara festival muzik dicetuskan dengan menggabungkan elemen anime, cosplay dan gaming
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748480600";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748188618";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748480600
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Festival Animenia 2024: Percaya potensi muzik anime, Sharon Paul mahu sokong pemuzik tempatan | Scoop

Festival Animenia 2024: Percaya potensi muzik anime, Sharon Paul mahu sokong pemuzik tempatan

Selain konsert orkestra fusion, Animenia 2024 akan diisi dengan pelbagai acara menarik sepanjang hari termasuk Cabaran Wasabi, pertandingan Cosplay serta pertandingan nyanyian

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bayangkan bagaimana jika sebuah acara festival muzik dicetuskan dengan menggabungkan elemen anime, cosplay dan gaming yang kini menjadi kegilaan generasi muda dan ia kemudian dipersembah dalam sebuah konsert orkestra fusion?

Mampu bayangkan? Ia memang sebuah projek yang boleh disifatkan terlalu bercita-cita tinggi tetapi itulah yang cuba direalisasikan komposer dan pemuzik, Sharon Paul melalui Animenia 2024 yang dianjurkan rumah produksi muzik miliknya, Musicwerks Studio dan The Magic Rain.

Selain konsert orkestra fusion, Animenia 2024 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 27 Julai ini akan diisi dengan pelbagai acara menarik sepanjang hari termasuk Cabaran Wasabi, pertandingan Cosplay serta pertandingan nyanyian.

Sharon ketika dihubungi Scoop mengakui, dia teruja tetapi masa masa yang sama berdebar-debar memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapinya saat festival ini berlangsung nanti.

Menurut Sharon, cabaran awal dalam mencari orang yang tepat yang dapat membantu melaksanakan serta merealisasikan festival itu sudah dilalui. – Gambar MusicWerks Studio, 23 Julai, 2024

“Cabaran awal dalam mencari orang yang tepat yang dapat membantu saya melaksanakan serta merealisasikan festival ini sudah saya lalui.

“Ia memang bukan suatu perkara yang mudah kerana ramai tidak memahami apa yang cuba saya lakukan ini dan tidak dapat menangkap idea serta membayangkan apa yang ingin saya lakukan melalui festival ini kerana ia memang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Sharon juga mengakui idea menganjurkan festival Animenia 2024 tercetus melalui anak lelakinya yang berusia 11 tahun yang sering mendengar muzik anime dihasilkan Studio Ghibli dari Jepun.

“Studio ini banyak menghasilkan muzik orkestra jazz klasikal dalam lagu anime dan ada juga yang bercampur melodi rock dan ketika saya mendengar lagu yang dimainkan, saya  terus jatuh cinta kerana muzik yang dihasilkan sangat indah.

“Saya terfikir, kenapa tidak saya lakukan sesuatu yang lebih kurang sama tetapi menggunakan muzik orkestra dengan fusion beberapa alat muzik tradisional kita seperti erhu, serunai, sitar atau sape yang kita miliki dan lagu-lagunya pula daripada lagu anime dan gaming.

“Lagipun Malaysia juga memiliki kelompok peminat anime, cosplay dan gaming yang terdiri daripada usia 15 hingga 35 tahun. Ia memang pasaran yang masih niche tapi saya cuba terokai pasaran ini kerana pecaya ia punya potensi untuk berkembang dengan lebih besar lagi.

“Seperkara lagi, saya juga mahu memberikan sokongan kepada pemuzik-pemuzik lokal serta mengetengahkan mereka dalam pasaran arus perdana (mainstream),” katanya.

Rina-Hime antara yang akan mewarnai festival Animenia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 27 Julai ini. – Gambar MusicWerks Studio, 23 Julai, 2024

Acara utama festival ini menampilkan persembahan Raja Farouk Live (RFL) pada malam hari, sebuah orkestra 30 anggota yang terdiri daripada pemuzik-pemuzik muda dari pelbagai latar belakang muzik dalam komuniti anime, cosplay dan gaming tempatan.

Pemuzik-pemuzik muda berbakat ini akan mempersembahkan semula muzik anime dan gaming menggunakan alat muzik tradisional dan moden untuk menghasilkan komposisi elektik dengan menampilkan bakat vokal seperti Afir, Leena, Binyun, Delphine, Kaoru, Kazuki, MinRi, Jeii, Rina-Hime, Zie Aun, Fate Feather, Tato Queen, Yonlynn dan Erul Samah.

Selain persembahan orkestra, festival ini turut menampilkan enam band J-Rock, Tamashi, pada sebelah siang yang terdiri daripada L.E.S.S., Tabako Neko, Grand Endeavour, Za Shinsei, Moshi Hoshi dan Ignight.

Festival Animenia 2024 mendapat sokongan MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Malaysia. Tiket berharga RM98 boleh didapati di pautan:  https://forms.gle/pqWxAxEzTWaNh5i39. – 23 Julai, 2024

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Joji cancels tomorrow’s Merdeka Hall show due to health reasons

Japanese-Australian singer-songwriter Joji has cancelled three upcoming shows, including the one scheduled for Kuala Lumpur tomorrow, due to health reasons.

Related