Harimau Malaya temui penonton 15 Ogos ini, lancar liga Junior Cup rancakkan promosi filem

Sebanyak 16 pasukan terbaik akan bertarung di perlawanan kemuncak 10 Ogos ini

8:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akhirnya, epik biografi dengan suntikan fiksyen, Harimau Malaya: The Untold Journey yang sememangnya dinanti ramai bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Ogos depan.

Filem terbitan 4ward Entertainment yang mendapat sentuhan pengarahan Datuk Afdlin Shauki ini mempertaruhkan barisan pelakon muda seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza dan Amelia Henderson selaku teraju utamanya.

Salah seorang produsernya, Alif Nabil menyifatkan, penghasilan filem yang menelan kos RM7 juta ini lebih cenderung kepada usaha untuk memupuk nilai perpaduan serta semangat cintakan sukan bola sepak dalam kalangan anak muda hari ini.

“Saya hanya mengharapkan segala usaha dan inisiatif yang kami lakukan bagi mempromosikan filem ini akan mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya ‘kaki bola’ yang sudah lama ingin mengenali skuad kesayangan ramai ini dengan lebih dekat.

“Meskipun terdapat unsur fiksyen yang disuntik bagi melengkapkan lagi perencah sesebuah naskhah, Harimau Malaya masih sebuah filem yang mencerminkan perjalanan pasukan negara kita dalam berusaha mengintai peluang ke pentas dunia,” katanya.

Filem Harimau Malaya yang mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini mendedahkan kisah belakang tabir FAM dan skuad kebangsaan.

Ia turut dibarisi bintang terkenal lain termasuk Vanidah Imran, Erra Fazira, Tony Eusoff, Namron, Bell Ngasri, Douglas Lim dan ramai lagi.

Bagi merancakkan lagi rangka promosi filem ini selari dengan objektif bagi meraikan kecemerlangan skuad Harimau Malaya, penerbitnya Nashrul Nasir dan Alif Nabil melancarkan perlawanan liga bola sepak Harimau Malaya Junior Cup sejak 20 Julai lalu.

Perlawanan bola sepak yang terbahagi kepada dua kategori utamanya iaitu bawah 10 dan 12 tahun ini adalah salah satu inisiatif bagi memupuk minat kesukanan bola sepak kepada pemain pelapis.

Liga bola sepak Harimau Malaya Junior Cup ini dimulakan di Kerteh Sports City, Terengganu (Zon Timur) dan Kopa Arena, Pulau Pinang (Zon Utara), Arena Mutiara Johor, Johor Bahru (Zon Selatan) dan Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kuala Lumpur (Zon Tengah).

Sebanyak 16 pasukan terbaik dari kesemua zon bagi setiap kategori akan dipertemukan di acara kemuncaknya di Xfox Arena, Subang Bestari pada 10 Ogos ini.

Pasukan yang menjuarai Harimau Malaya Junior Cup bagi setiap kategori bakal mendapat hadiah tajaan sepenuhnya bagi menyertai perlawanan persahabatan di luar negara. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related