Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702001788:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 207
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 601
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 143221
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:175:"Dianggarkan 600  penyokong dari Stadium Larkin berlepas 8 pagi tadi, manakala terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => JDT Piala Malaysia
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749614106";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749414951";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749614106
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dianggarkan 600  penyokong dari Stadium Larkin berlepas 8 pagi tadi, manakala terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil | Scoop

Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Dianggarkan 600  penyokong dari Stadium Larkin berlepas 8 pagi tadi, manakala terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti

10:09 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kira-kira 109 bas yang dianggarkan membawa lebih 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari negeri ini berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT Mohd Fadzli Sapie berkata dianggarkan 600  penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin di sini, berlepas 8 pagi tadi.

“Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos) terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.

“Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti dan untuk final kali ini kami yakin JDT akan menang 3-0,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, hari ini.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan sekali lagi membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.

Kamariah A. Kadir, 48, yang tiba seawal 5.45 pagi berkata dia menjangkakan skuad Harimau Selatan mampu menang sekurang-kurangnya 2-1.

“Saya sentiasa bersemangat dan saban tahun saya dan rakan-rakan akan bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan JDT,” katanya.

Seorang lagi penyokong JDT, Mohd Nordin Md Don , 42, berharap kemenangan akan berpihak kepada skuad bimbingan Esteban Solari itu memandangkan rekod baik pasukan sepanjang musim ini.

“Semuanya demi JDT .. kali ini saya lagi bersemangat kerana saya bawa dua anak lelaki berusia lapan dan lima tahun untuk bersama-sama merasai pengalaman dan sekali gus meraikan kemenangan pasukan bola terhebat di negara ini,” katanya yang merupakan seorang pekerja swasta.

JDT, juara tiga kali Piala Malaysia dalam misi mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi piala selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC memburu kemenangan kedua Piala Malaysia selepas melakukannya pada 2001. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Toxic gas: one Penang factory worker dead, doctors who did CPR also ill

Work safety authority is investigating the use of methyl bromide in fumigation exercise

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related