‘JDT mungkin berdepan kesukaran bermain di atas padang yang hancur kerana sudah terbiasa berlatih atas padang terbaik’

Menurut bekas pemain pasukan Terengganu ini, kondisi padang yang teruk ditambah dengan cuaca hujan akan memberi laluan sukar buat pasukan JDT menjulang Piala Malaysia kali ini

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak pasukan Terengganu yang kini berkhidmat sebagai jurulatih skuad Terengganu FC bawah 23, Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O meramalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin alami kesukaran bermain di atas padang yang telah ‘rabak’ dan dalam cuaca hujan.

Menurut Hai-O, pemain pasukan JDT sudah terbiasa bermain di atas padang yang sempurna di tempat mereka.

“Kalau kita lihat pasukan JDT setiap hari mereka berlatih di atas padang yang terbaik. Tiba-tiba di perlawanan akhir pula terpaksa bermain di atas padang yang sangat teruk, hancur.

“Nak sesuaikan diri dengan keadaan begitu dalam masa beberapa hari ini bukan senang.

“Berbeza jika kita berlatih di padang yang teruk kemudian bermain di padang yang baik. Ini dah biasa di padang yang baik, tiba-tiba dapat padang yang teruk. Saya rasa JDT akan tertekan di atas padang,” katanya ketika ditemui Scoop di luar perkarangan Stadium.

Tambah pemain berusia 44 ini lagi, pemain JDT perlu bijak mengatur langkah mereka di atas padang dengan beraksi di bahagian rumput yang tidak terjejas.

“Pasukan Terengganu perlu menggunakan peluang ini untuk beraksi dengan baik menentang JDT. JDT akan lebih takut jika bermain dalam hujan. Saya melihat situasi ini sebagai satu kelebihan buat Terengganu,” ujarnya.

Ditanya tentang ramalan keputusan perlawanan akhir malam ini, kata Hai-O sukar untuk dia memilih kerana kedua-dua pasukan merupakan pasukan terbaik.

“Saya selalu percaya, tiada pasukan yang boleh jadi pilihan apabila sudah mara ke final. Tak kiralah tinggi mana pun kelas sesuatu pasukan itu, perlawanan ini hanya akan dilakukan sekali sahaja.

“Semua pemain akan berikan 100 peratus tumpuan kepada perlawanan akhir. Siapa yang banyak ambil peluang dan kurang buat kesalahan merekalah yang akan menang.

“Tetapi sebagai anak kelahiran Terengganu, semestinya saya akan menyokong pasukan negeri kelahiran saya dan meramalkan Terengganu akan menang 1-0,” katanya.

Sepanjang kerjaya bola sepaknya, Hai-O pernah beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak lima kali dan menang dalam empat perlawanan. – 8 Disember 2023

Foto : Helmi Anuar

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related