Bukan hanya Bukit Jalil, KBS ‘belanja’ skrin gergasi di 15 lagi lokasi untuk tonton aksi Harimau Malaya

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukan hanya Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) akan dibuka secara percuma sepanjang Harimau Malaya berjuang dalam Piala Asia 2023 di Qatar, malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ‘memacak’ skrin gergasi di 15 lokasi lain bagi membolehkan peminat bersama memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

Bagi aksi pembukaan Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Januari ini, skrin gergasi akan dipasang di lapan lokasi iaitu (SNBJ), Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dataran Putrajaya, Persint 3; Kawasan Rekreasi Kampung Dato’ Onn, Larkin Jaya; Padang Kota, George Town, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu; Kuching Amphitheatre dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Lokasi skrin gergasi untuk perlawanan pertama menentang Jordan pada 16 Januari. – Gambar KBS, 6 Januari, 2024

Lokasi skrin gergasi kemudian diperluaskan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak apabila Malaysia menentang Bahrain pada 20 Januari, diikuti berdepan juara dua kali, Korea Selatan, 25 Januari.

Lokasi skrin gergasi untuk perlawanan kedua menentang Bahrain pada 20 Januari. – Gambar KBS, 6 Januari, 2024

“Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di Kejohanan Piala Asia 2023, ayuh emua ramai-ramai ke tayangan skrin besar anjuran KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara.

“Masuk percuma dan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik juga menanti anda. Nantikan pengumuman dan kemas kini lokasi dari semasa ke semasa. Selamanya Harimau Malaya,” tulis KBS dalam Facebook rasmi mereka.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam video yang dikongsi dengan media berkata, KBS akan menyediakan dua skrin besar di SNBJ untuk semua penyokong Malaysia menyaksikan ketiga-tiga perlawanan Harimau Malaya di Doha.

Kata Hannah, kejayaan skuad bola sepak kebangsaan melayakkan diri ke kejohanan itu secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun sesuatu yang membanggakan dan harus diraikan.

Lokasi skrin gergasi untuk perlawanan ketiga menentang Korea Selatan pada 25 Januari. – Gambar KBS, 6 Januari, 2024

“Tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana telah mencapai satu kejayaan yang amat membanggakan selepas lebih 40 tahun, pencapaian yang amat dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.

“Pastikan anda keluar dan menyokong pasukan kebangsaan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan ketua jurulatih Kim Pan-gon atas usaha anda dalam membimbing Harimau Malaya ke peringkat ini,” katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related