Piala Asia 2023: Harimau Malaya mahu lunas ‘hutang lama’

Malaysia mahu menebus kekalahan kepada Bahrain dalam tiga aksi terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 di Bukit Jalil pada 2022

1:02 PM MYT

 

DOHA – Harimau Malaya sudah melupakan kekalahan perit kepada Jordan pada aksi pembukaan Kumpulan E, Piala Asia 2023 dan bersedia memperbetulkan keadaan apabila membuat perhitungan dengan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad esok.

Penyerang, Darren Lok yang berazam mencipta gol pada pertemuan itu mengakui, suasana dalam pasukan suram untuk beberapa hari selepas Malaysia tumpas 0-4 kepada Jordan, Isnin lalu (Selasa pagi waktu Malaysia).

Bagaimanapun, penyerang Sabah FC berusia 33 tahun itu berkata, barisan pemain negara kini sudah bersedia untuk ‘membayar hutang’ bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik.

“Sudah tiba masa untuk bersedia menghadapi perlawanan seterusnya, kita tidak boleh terus bersedih dan kecewa dengan kekalahan lepas, kita perlu fokus untuk yang akan datang. Saya sentiasa bersemangat untuk masuk padang dan jaringkan gol dan buat yang terbaik untuk Malaysia, itu tugas saya (jika dipilih dalam kesebelasan utama).

“Kami sedar perlawanan seterusnya bukan mudah, Bahrain lawan yang kuat, sama ranking dengan Jordan. Jadi kami perlu main dan betulkan apa yang silap ketika menentang Jordan selain tampilkan prestasi yang lebih baik,” katanya kepada media Malaysia ketika ditemui di hotel penginapan pasukan Malaysia di sini semalam.

Pemain negara meneruskan latihan di padang Universiti Qatar dengan penuh bersemangat menjelang aksi kedua Piala Asia menentang Bahrain esok. – Gambar FAM, 19 Januari, 2024

Mengulas lanjut, Darren yang mengumpul enam gol bersama Malaysia sejak penampilan sulung pada 2016 berkata, dia tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pemain di bahagian serangan kerana apa yang penting memastikan taktikal permainan dapat dijayakan.

“Tidak kisah dengan siapa saya bermain, kami semua pemain profesional dan kami telah cukup lama berlatih bersama untuk saling memahami permainan masing-masing,” katanya yang menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menumpaskan Taiwan 1-0 pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026, November lalu.

Sementara itu, tonggak pertahanan, Mohd Shahrul Mohd Saad berkata, jaringan awal berdepan Bahrain yang diberi julukan Dilmun’s Warriors akan mencerahkan peluang Malaysia meraih kemenangan.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 30 tahun itu turut menyimpan impian untuk mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu.

Mohd Shahrul Mohd Saad berkata, Malaysia perlu mencari jaringan awal berdepan Bahrain untuk menaikkan semangat memburu kemenangan. – Gambar FAM, 19 Januari, 2024

“Sudah semestinya (jaring gol), sebagai pemain kita mesti nak dapatkan sesuatu untuk diri sendiri dan saya merasakan tahun ini mungkin tahun terakhir saya bermain untuk kempen Piala Asia, kita tak tahu apa akan jadi pada edisi seterusnya dan umur saya pun sudah bertambah,” katanya.

Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan skuad Dilmun’s Warriors menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil pada 2022.

Bahrain merupakan pasukan ranking ke-86 dunia sementara Malaysia di posisi 130.

Selepas aksi bertemu Bahrain, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan menutup saingan kumpulan dengan berdepan juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Januari. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related