Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705885081:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 220
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 159158
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Skuad Gajah Perang hanya perlu seri dengan Arab Saudi, Khamis ini untuk mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 601
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Piala Asia 2023
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berjaya menyekat Oman daripada meraih tiga mata
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748479391";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748086637";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748479391
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Piala Asia 2023: Kekal rekod tanpa kalah, Thailand hampiri pusingan kalah mati | Scoop

Piala Asia 2023: Kekal rekod tanpa kalah, Thailand hampiri pusingan kalah mati

Skuad Gajah Perang hanya perlu seri dengan Arab Saudi, Khamis ini untuk mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut

8:57 AM MYT

 

DOHA – Gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berjaya menyekat Oman daripada meraih tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua Kumpulan F, Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah bin Khalifa di sini, malam tadi.

Skuad Gajah Perang hanya memerlukan seri apabila berdepan juara tiga kali, Arab Saudi dalam aksi terakhir kumpulan, Khamis ini untuk mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii kini mengumpul empat mata, dua mata di belakang Arab Saudi yang mengungguli kumpulan selepas menumpaskan sembilan pemain Kyrgyzstan 2-0 dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi.

Dalam aksi pembukaan Selasa lalu, Thailand mengalahkan Kyrgyzstan 2-0.

Kedudukan terkini Kumpulan F selepas tamat dua perlawanan. – Gambar AFC, 22 Januari, 2024

Pada pertembungan menentang Oman malam tadi, Thailand terlebih dahulu mengancam kubu lawan menerusi tandukan deras pemain pertahanan, Elias Dolah berpunca dari sepakan penjuru pada minit ke-16.

Begitupun percubaan itu berjaya diselamatkan penjaga gol, Ibrahim Al Mukhaini untuk pemain tengah, Abdullah Fawaz pantas mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya sebelum giliran penyerang Issam Al Sabhi menguji Patiwat Khammai di gawang menerusi rembatan tepat ke arahnya pada minit ke-20.

Fawaz kemudian terlepas peluang meletakkan Oman yang dibimbing Branko Ivankovic di depan apabila percubaan kaki kanannya selepas menerima hantaran Harib Al Saadi, melambung tinggi pada minit ke-31 dan kedudukan 0-0 kekal sehingga waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Oman yang tewas 1-2 di tangan Arab Saudi pada aksi pembukaan, Selasa lalu, lebih garang dalam usaha memburu kemenangan tetapi Thailand terlebih dahulu membuat percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang muda, Supachai Chaided yang sedikit tersasar pada minit ke-55.

Pemain Thailand meraikan ketua pasukan mereka, Theerathon Bunmathan yang membuat penampilan ke-100 bersama skuad Gajah Perang malam tadi. – Gambar Thailand FA, 22 Januari, 2024

Oman yang terdesak terlepas beberapa peluang untuk memecah kebuntuan antaranya rembatan pemain pertahanan, Khalid Al Braiki pada minit ke-72 yang tersasar ke sebelah kanan gawang, selain tandukan pemain gantian, Omer Al Malki tepat ke arah Patiwat pada minit ke-85.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Oman, pasukan ke-74 dunia, meraih mata pertama pada kempen kali ini dan wajib menang apabila membuat perhitungan dengan Kyrgyzstan dalam aksi terakhir, Khamis ini.

Thailand yang menghuni ranking ke-113 pula perlu mengelak daripada tewas atau sekurang-kuranganya memerlukan keputusan seri berdepan Arab Saudi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Kerjasama Bersatu-Umno ‘sudah terlalu lewat’: Ahli MKT Umno

'Jika dalam kalangan ahli Bersatu sendiri tidak 'bersatu' bagaimana mahu menyatukan orang Melayu,' soal Othman Desa

MalaysiaNow portal ceases operations over funding woes

It is understood that the portal’s investors have withdrawn their financial support, leading to its closure after three years of operating in the local media landscape. 

Husband, wife reign supreme in Ironman 70.3 Asia Pacific Champion 

An Australian couple emerged victorious in the men’s and women’s categories of the Ironman 70.3 Asia Pacific Championships in Langkawi today.

Related