Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707613670:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 369
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 166473
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:168:""Penalti kedua datang dalam keadaan kami sedang sedaya upaya memburu gol kedua dan (kemudian) penalti ketiga, ia menghalang terus kami untuk bangkit.": Jurulatih Jordan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 601
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Piala Asia 2023
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata, dua penalti yang diberikan kepada Qatar pada separuh masa kedua mematahkan semangat
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749578630";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749663325";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749360235";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749663325
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Dua penalti babak kedua 'bunuh' Jordan | Scoop

Dua penalti babak kedua ‘bunuh’ Jordan

"Penalti kedua datang dalam keadaan kami sedang sedaya upaya memburu gol kedua dan (kemudian) penalti ketiga, ia menghalang terus kami untuk bangkit.": Jurulatih Jordan

9:07 AM MYT

 

LUSAIL – Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata, dua penalti yang diberikan kepada Qatar pada separuh masa kedua mematahkan semangat pasukannya dalam misi mencipta sejarah memenangi Piala Asia 2023 di sini, malam ini.

Pada aksi di Stadium Lusail itu, Qatar mempertahankan kejuaraan selepas menang 3-1 dengan tiga jaringan skuad The Maroons hadir menerusi penalti yang disempurnakan penyerang sensasi, Akram Afif, sementara Yazan Al-Naimat menjaringkan gol sagu hati Jordan.

Ammouta berkata, Jordan bergelut pada babak pertama yang menyaksikan mereka ketinggalan 0-1 tetapi menunjukkan semangat untuk menyaingi kehebatan dan permainan dinamik Qatar di separuh masa kedua sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

Begitupun, penalti kedua dan ketiga yang diberikan pengadil Ma Ning dari China selepas itu menghalang The Chivalrous daripada bangkit untuk cuba memenangi perlawanan.

“Malangnya perlawanan malam ini tidak berpihak kami, secara keseluruhan di separuh masa pertama kami kehilangan fokus dan juga peluang menjaringkan gol tetapi separuh masa kedua lebih baik, kami menjaringkan gol penyamaan.

“Tetapi penalti kedua datang dalam keadaan kami sedang sedaya upaya memburu gol kedua dan (kemudian) penalti ketiga, ia menghalang terus kami untuk bangkit, tetapi ia adalah bola sepak,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Pemain Jordan melangkah kecewa meninggalkan padang di Stadium Lusail selepas gagal merangkul kejuaraan Asia buat kali pertama. – Gambar Jordan FA, 11 Februari, 2024

Pada masa sama, pengendali dari Maghribi berusia 54 tahun itu tidak memberikan jawapan tepat mengenai sama ada kedua-dua penalti itu berpunca kesilapan pengadil ataupun berhak diberikan, namun menyifatkan ia sangat kejam kepada Jordan.

Dalam pada itu, Ammouta tetap memberikan pujian kepada anak buahnya atas persembahan cemerlang sepanjang kempen kali ini yang menyaksikan mereka mencipta sejarah julung kali mara ke separuh akhir seterusnya layak beraksi di final.

“Pasukan ini telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik dan mungkin pada edisi seterusnya kami akan menang,” katanya.

Pada aksi malam tadi, Qatar mendahului menerusi penalti Afif pada minit ke-22, namun Al-Naimat menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 sebelum Afif menyudahkan dua penalti masing-masing pada minit ke-73 dan 90+5 untuk mengesahkan kemenangan pasukan. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related