Dua ekor gajah, "Rambai" dan "Myan Thon Pian" (Pian) yang diberikan tanggungjawab mengepalai perarakan Lambaian Kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini, mengimbau kembali nostalgia kegemilangan Kesultanan Melayu lama.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).