Biarpun belum lagi menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baharu dilantik Datuk Seri Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih, di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’, memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.