Segala perincian termasuk berkaitan mekanisme penyelarasan subsidi diesel secara bersasar akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana tahun ini, berpurata antara 2% dan 3.5%, sebahagian besarnya mencerminkan potensi kenaikan yang disebabkan oleh rasionalisasi subsidi dalam negara.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).