Selesai mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kumpulan rock dari Britain, Coldplay meluahkan kata penghargaan kepada peminat mereka di Malaysia menerusi hantaran di platform X dan instagramnya.
Sebaik sahaja kelibat anggota Coldplay muncul di pentas malam tadi, ia disambut sorakan dan jeritan peminat tegar mereka, sehingga ‘menggegarkan’ Stadium Nasional, Bukit Jalil.