Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh menegaskan pihaknya tidak teragak-agak mendakwa mereka yang memanipulasi isu kaum, agama dan raja (3R) termasuk menggunakan Akta Hasutan jika perlu.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).