Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi lebih teruk boleh berlaku sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma) dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, lemah otot atau kekejangan selain mengalami mual dan muntah.
Orang ramai terutama mereka yang berada di kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelak masalah dehidrasi.