Kehadiran kita dalam pasaran asing adalah untuk memastikan tiada turun naik yang berlebihan dan memastikan pasaran yang teratur supaya perniagaan dapat beroperasi dengan lancar, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour
Tahun 2023 yang bakal melabuhkan tirainya, terbukti menjadi tempoh mencabar bagi ekonomi Malaysia berikutan kenaikan kadar faedah, ketidakpastian ekonomi global dan juga isu kos sara hidup yang memberi kesan kepada sentimen pengguna
Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila', akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan ketika kejadian terdapat empat mangsa dan kerja-kerja ventilasi sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kedai.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki tersebut.