"Semua orang wajib dibasahkan termasuk tetamu tanpa mengira darjat, itulah keistimewaan Pesta Songkran," hantaran terbuka Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Nurul Amin Hamid di media sosial mengenai Pesta Songkran telah mencetuskan kecaman.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).