Siasatan polis mendapati perselisihan faham disyaki menjadi punca kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan, disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali dekat sini, Jumaat lepas.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).