Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, mesyuarat Jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara tersebut sebelum ini termasuk pada minggu lepas.
Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).