Pemeriksaan dan siasatan terperinci mendapati kesan retak pada persimpangan bertingkat di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebenarnya ialah kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit ‘crosshead’.
Hasil pemeriksaan segera di tapak berkenaan pada 11.30 malam tadi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, SPE dan konsultan EDP mengesahkan tiada keretakan pada ‘crosshead’, hanya kesan garisan hitam 'construction joint'
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sempena pembukaan itu, pengguna akan menikmati tol percuma selama 30 hari di laluan berkenaan